Pada awalnya Pusat Komuniti ini dikenali dengan nama Pusat Pertumbuhan Knowledge Komuniti (P2K2) yang ditubuhkan pada tahun 2003 di Masjid Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu dan seterusnya berkembang menjadi 7 buah P2K2.

P2K2 diwujudkan bagi memberi pendedahan awal kepada dunia Teknologi Maklumat dan memberi latihan kepada masyarakat agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi semasa.

Pada tahun 2005, P2K2 telah diberi nama baharu iaitu Pusat Komuniti Bestari atau lebih dikenali sebagai Bestari.Comm atau BesComm di seluruh Negeri Terengganu.

Terkini pada tahun 2019, sebanyak 39 buah Pusat Bestari.Comm telah diberi ‘nafas baharu’ yang dikenali sebagai PINTAR yang membawa maksud Pusat Internet Akses Rakyat.

Projek perintis PINTAR yang pertama telah dilaksanakan di Pusat Bestari.Comm Alor Limbat. Pusat Bestari.Comm yang lain akan dinaik taraf kepada PINTAR secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Pusat Internet Akses Rakyat diurus selia oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan seorang pegawai teknologi maklumat (EIO) ditempatkan di setiap pusat tersebut.

PINTAR menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  1. Bayar Bil
  2. Topup Malaysia
  3. Topup Digital Wallet
  4. Bayar Saman
  5. Bayar Pinjaman

Sila klik link untuk mengetahui lokasi PINTAR yang berdekatan dengan kawasan anda.

Berita mengenai PINTAR:

  1. Perasmian PINTAR Tepoh
  2. Perasmian PINTAR Pulau Redang
  3. Konsep Pdpr di PINTAR
  4. PINTAR sebagai Pusat Internet Akses Internet