Top IT Industries Sdn. Bhd telah diperbadankan di Malaysia pada 29 Julai 1993 di bawah nama Solsis-YPK (Terengganu) Sdn. Bhd.

Nama Syarikat ditukar kepada “Top IT Industries Sdn. Bhd.” pada Mei 1998 selepas pengambilalihan saham 60% sebelum ini yang dimiliki oleh SOLSIS (M) Sdn. Bhd.

Top IT adalah sebuah organisasi yang mantap dan merupakan jawapan kepada perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang bergerak pantas.

TOP IT mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan projek-projek berbentuk pembangunan perisian, pembangunan sistem, pembikinan video korporat dan video iklan produk, pembekalan dan penyelenggaraan peralatan ICT, jualan, sewaan dan latihan dron,  dan lain-lain.

Kami percaya penggunaan dan aplikasi secara digital yang berkesan merupakan salah satu faktor yang paling penting yang memacu pembangunan negeri ini pada masa depan yang lebih mencabar, dan membawa penyelesaian yang amat diperlukan secara langsung serta memberi manfaat kepada rakyat.