email : admin@top-it.com.my

telefon : +09 667 0917 | faks : +09 667 3717

Pintar


Pada awalnya Pusat Komuniti ini dikenali dengan nama Pusat Pertumbuhan Knowledge Komuniti (P2K2) yang ditubuhkan pada tahun 2003 di Masjid Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu dan seterusnya berkembang menjadi 7 buah P2K2

P2K2 diwujudkan bagi memberi pendedahan awal kepada dunia Teknologi Maklumat dan member latihan kepada masyarakat agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi semasa.

Pada tahun 2005, P2K2 telah diberi nama baharu iaitu Pusat Komuniti Bestari atau lebih dikenali sebagai Bestari.Comm atau BestComm di seluruh Negeri Terengganu

Terkini pada tahun 2019, sebanyak 39 buah Pusat Bestari.Comm telah diberi 'nafas baharu' yang dikenali sebagai PINTAR yang membawa maksud Pusat Internet Akses Rakyat.

Projek perintis PINTAR yang pertama telah dilaksanakan di Pusat Bestari.Comm Alor Limbat. Pusat Bestari.Comm yang lain akan dinaik taraf kepada PINTAR secara berperingkat mengikut keperluan semasa.


PintarPay menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada pengguna.