email : admin@top-it.com.my

telefon : +09 667 0917 | faks : +09 667 3717

Payang


Kerajaan negeri Terengganu dengan inisiatif salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Top IT Industries Sdn Bhd telah membangunkan satu portal e-dagang untuk kemudahan capaian usahawan-usahawan tempatan secara amnya, dan usahawan yang menjalankan perniagaan IKS khususnya yang dikenali sebagai Payang.my.

Pendaftaran bagi portal ini diberikan secara percuma kepada semua usahawan yang berminat untuk mempromosi dan seterusnya menjual produk keluaran mereka di serata pelusuk dunia.

Produk-produk jualan tempatan akan dipasarkan secara global dan akan bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.